Pemerahan Susu


[[Pengawalan mutu dan kebersihan]]

Bersihkan kelenjar susu kambing dengan air pancutan paip dan dikeringkan dengan tuala keras, kemudian alat pemerah (milk cluster) dipasangkan. Celup puting susu kambing tersebut dengan disinfektan yang sesuai setelah proses memerah selesai (larutan losyen CCT 5%). 

Setelah habis memerah, ibu kambing akan dihalau keluar melalui tempat pencelup kaki. Copper sulphate (CuSO4). Celup alat pemerah (milk cluster) ke dalam larutan disinfektan, gantung dan keringkannya. Keseluruhan alat pemerah dibasuh dengan air panas (100 c) dan disinfektan Sodium Hypochlorite 10%.








[[Memproses Susu]]

Pemanasan (Preheat) - Susu yang telah dikumpul di dalam balang penyukat akan dialirkan  ke kolam tangki pemanas. Susu tersebut dipanaskan sehingga 60 c untuk hentikan aktiviti enzim lipase.

Homogenize - Susu dialirkan ke dalam mesin Homogenize untuk memecahkan globul temah kepada partikel yang lebih kecil dan sama saiz.

Pasteurize - Selepas proses Homogenize, susu dialirkan ke dalam tangki Pasteurize, untuk membasmi kuman merbahaya dengan cara memanaskan susu antara 63 c - 66 c selama 30 minit.

Menyejuk (Chilling) - dengan menggunakan pam pemindah, susu daripada tangki pasteurize dialirkan ke dalam tangki penyejuk dan disejukkan dengan suhu 4.4-10 darjah celcius. Kuman-kuman yang tidak boleh mati dalam suhu panas akan mati.

Pembungkusan - Susu yang telah disejukkan dibungkus dalam botol plastik dengan sukatan 960ml dan disimpan di dalam peti sejuk dengan suhu antara 4.4-10 darjah celcius. Susu-susu ini boleh disimpan selama 7 hari sahaja, jika di simpan dalam suhu tersebut.